0 Items in your cart – View Cart

Welcome Guest. Register to sign in

Sign In New User Forgot Password

Puteri Kayangan

Quantity 
Price : RM  390

Puteri Kayangan
Di sini segalanya bermula..

    Penubuhan  Pusat  Rawatan Tradisional  Madunia  yang  ditubuhkan pada 24 Januari 2004 menjalankan rawatan seperti kencing manis, darah tinggi, lumpuh/stroke, jantung, barah, dan SLE.  Secara umumnya rawatan yang dijalankan adalah: Rawatan Sistem Gelombang ElektronikRawatan AkupunturRawatan Terapi.
     Setiap pesakit dibekalkan herba tradisional untuk membantu penyembuhan yang   optimum.  Ubatan herba yang dihasilkan telah  terbukti memberi kesan yang memuaskan kepada para pesakit. Dengan iltizam yang tinggi, agar orang ramai dapat menikmati  faedah yang sama, Madunia telah mengorak langkah untuk menghasilkan produk berasaskan herba yang telah diuji kepada lebih   2,000 pesakit untuk dikongsi bersama kepada semua.
       Madunia telah membuat pengeluaran produk yang berasaskan 100% herba tanpa bahan kimia dan tanpa bahan pengawet sebagai makanan tambahan harian agar kesihatan dapat dikekalkan sambil  merawat penyakit.
       Bagi memastikan pengeluaran produk herba kesihatan kami  mengikut piawaian dan tahap kualiti yang tinggi,  produk kami: diperakui halal oleh Unit Halal Jabatan Agama Islam Johor 100% herba  semulajadi  sebagai ramuan tiada bahan kimia Tiada pengawet melalui proses RnD yang intensif  melalui "Quality Test“ Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor - CEPP (Chemical Engineering Pilot Plant)
     Terkini, Madunia Sri Berkat mempersembahkan ‘Puteri Kayangan’,anugerah dari alam dan kurnia dari Ilahi untuk memberi inspirasi kepada anda yang disanjungi……….

Sehebat   Namamu………
Memilikki tubuh badan  yang langsing dan montok, paras rupa yang menawan,Kec ergasan fizikal dan minda, sentiasa kelihatan muda jelita dan dapat menunaikan tanggungjawab sebagai isteri,ibu,anak dan wanita berkerjaya, itulah erti kesempurnaan bagi seorang wanita. Dalam gelombang globalisasi yang serba pantas,wanita hari ini memerlukan satu produk yang ringkas tetapi lengkap. Setiap detik amat berharga untuk dibazirkan.justeru Puteri Kayangan memenuhi aspirasi ini dengan kandungan  dan  khasiat yang melengkapi impian setiap wanita.

  • Puteri Kayangan diformulasi secara ekslusif untuk anda agar dapat menikmati kesempurnaan peribadi…..lahiriah dan batiniah…..dari kepala hingga ke hujung kaki sehebat seorang puteri. Puteri Kayangan mempunyai kepelbagaian khasiat dan keajaiban.
  • Gabungan lebih 50 jenis herba terpilih dan ramuan berkualiti tinggi (sebahagiannya dibawa khas dari luar negara) diadun dan diproses dengan amat teliti dalam suasana yang amat kondusif-itulah yang membezakan produk ini daripada produk-produk lain di pasaran.
  • Ia bebas dari bahan kimia dan racun berbahaya dan dijamin mutu dan keselamatannya.Malah ia turut disuntikdengan elemen gelombang (wave) untuk mempercepat dan mempertingkatkan keberkesanan agar anda berpuas hati menikmatinya.
  • Lebih penting, ia turut menepati tuntutan syarak  iaitu dibuat daripada sumber dankaedah pemprosesan yang halal.Persediaan ramuan istimewa ini dikendalikan sendiri oleh pengasasnya agar sentiasa terpelihara dari segala sudut.
  • Lebih istimewa, ia persembahkan dengan rekaan luar yang ekslusif…sesuai untuk dijadikan pemberian istimewa untuk seseorang yang disayangi mahupun sekadar untuk menghargai diri sendiri.
  • Puteri Kayangan……keajaiban yang anda nanti-nantikan selama ini…Hanya Puteri Terbaik Untukmu…
Puteri Kayangan menyatukan kesemua impian anda dalam satu produk sahaja. Dengan penyelidikan dan penelitian oleh pengasasnya, puteri dilengkapi dengan herba-herba yang telah digunakan sejak berkurun dahulu untuk memberi anda 7 kebaikan yang amat anda perlukan…….

  • Herba-herba untuk tujuan Pelangsingan dan Pembentukan Tubuh
  • Herba-herba untuk tujuan awet muda jelita
  • Herba-herba untuk tujuan kecantikan kulit dan seri wajah
  • Herba-herba untuk kecergasan fizikal dan minda
  • Herba-herba untuk kesihatan dalaman wanita
  • Herba-herba untuk mencegah dan merawat pelbagai penyakit
  • Herba-herba untuk meningkatkan kualiti dan daya seksual wanita
Satu Produk untuk memenuhi semua impian anda….menjimatkan masa dan ditawarkan dengan harga yang amat menjimatkan……..pilihan bijak untuk wanita bijak  seperti ANDA………
Adalah...Anugerah Alam..Kenali PUTERI



Fakta- fakta herba yang harus anda ketahui


::Za’faran / Safron / Crocus Sativas::

Za'faran merupakan herba yang sangat terkenal dan termahal, dikenali sebagai " King Of Spices ". Adalah sangat menarik diketahui hanya 5 hingga 7 kilogram Za’faran kering yang dapat diperolehi dari satu hektar tanah. Za’faran tergolong antara bahan yang termahal di dunia. 

“Kajian saintis membuktikan bahawa Za'faran berpotensi digunakan sebagai salah satu eleman penting dalam penghasilan produk kecantikan kulit.”

    Di negara-negara Asia larutan (essence)ZA’FARAN digunakan untuk membuat alat solek yang paling mahal serta kemampuannya merawat jerawat atau penyakit kulit yang lain dengan berkesan. Pada zaman silam ianya hanya terhad kepada wanita golongan di raja kalangn bangsawan dan saudagar .
    Di India terutamanya, wanita yang mengandung biasanya membubuh dua tiga urat 'filamen' daripad ZA'FARAN tersebut ke dalam susu dan di minum. Ini Membantu mencantikkan kulit bayi & perkembangan otak bayi.
    Ujian klinikal mengesahkan bahawa ekstrak Za'faran mempunyai nilai perubatan. Za'faran berpotensi untuk menurunkan tekanan darah dan kadar denyutan jantung serta melancarkan sistem respirasi.
Khasiat utama Za’faran ialah merangsang pertumbuhan sel-sel otak manusia. Menguatkan ingatan. Amat baik jika dimakan bersama madu asli.

Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa Za'faran sangat baik untuk kecerdasan minda. Dalam kitab Tibbul Imama A'li , muka surat 381, Saiyidina Ali (k.w) menyatakan:
Maksudnya:
'Barangsiapa yang memakan za'faran da dimakan bersama madu sebanyak 2 sudu setiap hari, maka dikagumi ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir"

  • Awet muda dengan kulit cerah, gebu dan bersih
  • Sebarang masalah kulit & melembutkan kulit
  • Menghindarkan batuk dan selsema.
  • Melancarkan perjalanan haid yang tidak menentu
  • Menambahkan tenaga zahir dan batin
  • Masalah limpa, pembuka selera makan, penyakit kanser, lumpuh.
  • Mencerdaskan minda, penyakit radang paru-paru , sakit tekak dan tonsil
  • Sakit kepala atau migrane dan asma" Muntah-muntah, penyakit buah pinggang
  • Gila babi atau sawan , sukar tidur malam 
  • Memudahkan penghadaman, menghilangkan bau mulut.
  • Membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut.
  • Bahan penenang bagi masalah kemurungan & runsing
  • Mengatasi sembelit dan menjaga usus.
  • Menyembuhkan sakit perut, pening, sakit gigi, sakit mata dan pelbagai penyakit lain.
  • Bengkak hati atau hipatitis A dan B serta demam
  • Menghilangkan keletihan.

::KOLAGEN / COLLAGEN::

Fakta : Dari utusan melayu…
ARKIB : 01/01/2006

Kolagen bukan sekadar kosmetik
“Kini, ramuan khas seperti kolagen, yang juga digunakan secara meluas dalam pelbagai barangan penjagaan kecantikan, bukan lagi sesuatu yang baru, terutamanya di kalangan mereka yang arif dan mementingkan kecantikan."

Kolagen merupakan ramuan yang lazimnya terkandung dalam kebanyakan produk awet muda.
Kajian klinikal telah menunjukkan keberkesanan kolagen mengurangkan bilangan, kepadatan dan kejelasan  kedutan, serta memastikan keanjalan dan kesegaran kulit. Bagaimanapun, ramai yang cuma mempunyai pemahaman terhad tentang kolagen dan tidak sedar akan potensi sepenuhnya terhadap badan kita, mahupun bantuan kecantikan.

Mendalami kolagen
    Sebenarnya, kolagen merupakan struktur protein yang berfungsi sebagai perekat dalam badan. Lebih kurang satu per tiga daripada keseluruhan protein dalam badan terdiri daripada kolagen, memberikan struktur kepada badan, melindungi dan menyokong tisu-tisu lembut serta menyambungkannya dengan tulang badan.
    Ketika usia remaja dan awal 20-an, terdapat pertumbuhan hormon yang aktif bagi menyokong pertumbuhan struktur dan menggalakkan perkembangan otot, tendon dan ligamen. Kolagen digunakan untuk menghasilkan protein bagi membantu pertumbuhan ini serta mengaktifkan penjanaan semula sel badan baru.
Ketika usia 25 tahun dan ke atas, kolagen mula menyusut dalam badan pada kadar 1.5 peratus setahun.
Sehingga usia 45, badan kita dijangka kehilangan sebanyak 30 peratus daripada kolagen semula jadi.
    Memandangkan kepentingan kolagen terhadap struktur badan, kejadian ini dianggap agak memudaratkan, ditambah pula dengan kadar pengurangan pertumbuhan hormon. Dari perspektif pakar terapi kecantikan, penyusutan ini akan menimbulkan kesan yang ketara ke atas kulit, iaitu kulit mula hilang keanjalan semulajadinya dan tanda-tanda awal kedutan mula jelas apabila mencapai pertengahan umur 20-an.
    Tambahan pula, pengurangan kolagen boleh mengganggu bahagian badan lain, terutamanya dalam penjanaan semula tisu-tisu lembut. Apabila kolagen dalam tisu lembut semakin berkurangan, ini mengakibatkan kesukaran pengangkutan toksin dari sel ke sistem limfa. Ia juga menghalang pergerakan nutrisi dan hidrasi yang mempunyai kesan ke atas kesihatan keseluruhan, langsung mempengaruhi keadaan kulit dan sel lain. Pada masa yang sama, keadaan tulang, kuku dan rambut akan turut menunjukkan tanda-tanda awal penuaan. Apa pula berita baiknya? Susutan kolagen kini boleh diganti menerusi proses yang dipanggil kaedah sintesis kolagen.

Terapi sintesis kolagen
    Menurut laporan daripada Sekolah Perubatan Harvard, pengambilan kerap makanan tambahan kolagen mampu menggantikan kolagen yang hilang dalam badan, serta merangsang penjanaan kolagen baru. Satu lagi penyelesaian yang lebih radikal merupakan terapi suntikan kolagen, apabila wanita dan lelaki memilih bahagian tertentu bagi suntikan yang menunjukkan kesan serta-merta.
    Tidak kira apa jua kaedah penggunaannya, sebenarnya kolagen hanya boleh diserap ke dalam badan dalam bentuk molekul ringan yang cuma boleh diperoleh daripada 100 peratus protein kolagen terhidrolisis tulen. Oleh itu, kualiti HCP amat kritikal bagi memastikan proses penggantian kolagen yang berkesan.
    HCP merupakan kolagen tulen yang telah diproses daripada sumber semula jadi, menyumbangkan asid amino yang diperlukan badan. Sehingga kini, kebanyakan kolagen diekstrak daripada sumber biomarin  burung (ayam) atau bovin (lembu), tetapi ketiga-tiga sumber mengandungi tahap penyerapan dan keberkesanan sintesis kolagen yang berlainan. HCP daripada rawan jerung selalunya dijual pada harga yang tinggi, dengan kandungan kalsium berlebihan yang mempengaruhi tahap penyerapannya.
    Kolagen tumbuh-tumbuhan pula, biasanya protein soya, mempunyai struktur yang berlainan berbanding kolagen haiwan, dan dengan itu lebih sukar untuk menyerap ke dalam sel badan manusia. Kolagen bovin setakat ini mempunyai keberkesanan yang lebih mujarab kerana strukturnya yang hampir dengan badan manusia, dan juga kandungan kalsium yang rendah. Oleh kerana sifat-sifatnya ini, kolagen bovin mampu menawarkan kadar penyerapan sebanyak 80 peratus, membolehkan sintesis kolagen yang efektif dalam badan.
    Hasil kekuatan teknologi, kolagen kini boleh diekstrak, diasing, dipadat dan disulingkan ke dalam bentuk yang paling tulen. Hasilnya, HCP atau ringkasnya sumber kolagen yang paling tulen, tanpa bendasing kimia atau asidik.

Khasiat kolagen
    Pengambilan kolagen bukan sahaja dapat membantu mengekalkan kecantikan dan mengawet muda, tetapi juga kajian turut membuktikan kekayaan faedahnya terhadap kesihatan kita.
Kini, kolagen bukan sahaja digunakan dalam pelembab kuli  dan serum kecantikan, malah merupakan ramuan penting dalam pelbagai barangan seperti syampu dan pemakanan pengurusan berat badan.

Kesihatan kulit
    Oleh sebab kolagen membentuk 75 peratus daripada kulit badan, kehadiran kolagen amat penting untuk membina dan mengekalkan kulit yang sihat. Susutan kolagen yang melembabkan pembentukannya bukan sahaja menyebabkan perkembangan kedutan dan kulit yang kelihatan tua, tetapi juga membantut proses pertumbuhan sel dan pembaharuan kulit. Akibatnya, kulit kehilangan serinya dan menjadi tidak bermaya.
    Kini, para fanatik kecantikan terutamanya sedar akan penggunaan kolagen menawar, mengekal dan juga mengembalikan kekuatan dan ketahanan kulit bagi memastikan wajah yang kelihatan muda. Oleh sebab fungsinya yang dapat menyokong kulit kita, kolagen mengukuh dan meningkatkan keanjalan kulit, tanpa perlu menjalankan operasi face-lift. Selain itu, dengan memastikan penjanaan semula kolagen dalam badan yang menyumbang kolagen yang diperlukan kulit juga membantu pengisian sel kulit dan menggalakkan pemulihan cepat apabila berlakunya kecederaan, terutamanya luka yang bakal menyebabkan parut. Oleh sebab itu, kolagen amat mujarab untuk menghalang parut yang berpunca daripada jerawat.

Kuku dan rambut
    Hasil kajian Klinik Perubatan Universiti Wurzburg di Jerman pada tahun 1995 menunjukkan, penggunaan jangka panjang kolagen ( long term use of collagen )meningkatkan kestabilan dan ketahanan struktur protein. Ini memperbaiki kualiti kuku rapuh( brittle nails) dan menghalang keguguran rambut( reduce hairfall). Ini menjelaskan kenapa kolagen didapati dalam syampu komersial ( commercial shampoos ), selain daripada kenyataan bahawa kolagen turut merupakan antara ramuan penting yang menentukan kepekatannya.

Pengurusan berat badan
    Ketika tidur, asid amino yang dihasilkan oleh kolagen digunakan oleh badan untuk membina tisu otot( muscle tissues). Apabila badan mendapat khasiat daripada protein kolagen ini, ia menguatkan lagi tisu otot nipis( thin muscle tissues) bagi membantu pembinaan bentuk badan dan otot yang lebih kukuh, jelas dan menarik( stronger, shapelier and more attractive). Kini, terdapat banyak produk pengurusan berat badan yang mengesyor( encourage) pengambilan kolagen sebelum waktu tidur.

Sendi dan tulang (joints and bones)
    Prof. R. Moskowitz, Pengarah Institut Artritis Universiti Cleveland dan Presiden Persatuan Penyelidikan Osteoartritis Antarabangsa menawarkan bukti selanjutnya berkenaan keberkesanan kolagen dalam rawatan osteoartritis. Penyelidikan Moskowitz juga menunjukkan kolagen mampu mengurangkan kesakitan dan melancarkan pergerakan sendi bagi mereka yang sedang menghidapi osteoartritis. Sesetengah kajian bebas dari Jerman dan Czechoslovakia turut mencadangkan pemakanan 7 hingga 10 gram kolagen sehari, selama 30 hingga 90 hari akan mengurangkan kesakitan dan ketegangan akibat artritis.”



::MADU ASLI / HONEY::

Fakta :

    Madu amat penting untuk kesihatan kulit dan kesihatan keseluruhan tubuh zahir & batin. Ia membantu menegang  dan menganjalkankan kulit dan memberikan tenaga kepada kulit dan organ lainnya agar lebih bermaya. Ia adalah ramuan terpenting untuk awet muda, kelihatan muda, rasa muda dengan tenaga muda.
Madu penting untuk hormon dan dapat membantu melewatkan simptom menopouse di kalangan wanita berumur.
    Dalam sejarah Islam fakta Madu yang amat popular dirakam di dalam Al-Quran [16] Surah An-Nahl [Ayat 69] melalui perintah Allah Subhanahu Wata'ala kepada lebah;

“ Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutilah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkanNya kepadamu. “Dengan itu keluarlah dari badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.”


Penyembuh Yang Mujarab
“Ambillah, pergunakanlah olehmu sekalian akan dua penyembuh iaitu Madu dan Al-Quran”- Riwayat Ibnu Majah

Madu bukan sekadar membekalkan banyak zat malah juga didapati boleh meningkatkan tenaga, merangsang dan memperbaiki aliran darah.

Kuasa Mencerdaskan Otak
Madu juga kaya dengan fruktosa iaitu gula ringkas yang boleh diserap  terus ke dalam darah untuk memberi tenaga segera. Tidak hairanlah para penyelidik menggelar Madu sebagai agen untuk mencerdaskan otak kerana apabila aliran darah lancar, lebih banyak oksigen dapat dibawa ke otak.

Antioksida & Menghenti Serangan Bakteria
Sungguh menarik, Madu boleh menjadi antibiotik dan antiseptik bagi melawan jangkitan bakteria samada dalaman dan luaran. Kajian penyelidik Universiti Wales mendapati bahawa Madu boleh menghentikan  aktiviti bakteria yang menyerang luka dan menghalang jangkitan daripda terus merebak. Benarlah seperti pesan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam;

Dari Abu Hurairah, kata beliau: Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: “Barangsiapa yang menjilat Madu sebanyak tiga kali pagi setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar.”

Secara umumnya setiap titis Madu mengandungi:
  • Vitamin - A, B1, B2, B3, C, D, E dan K.
  • Garam Galian - Kalsium, Fosforus, Sulfur, Zat Besi, Karbon, Magnesium, Natrium, Kalium, Klorin, Iodin, Kuprum, Mangan, Silika.
  • Beta Carotien
  • Gula - Glukosa, Fruktosa dan Sakarin.
Antara manfaat Madu yang lain ialah:
  • Membekalkan tenaga segera, Gula dalam Madu mudah dihadam dan sebagai sumber dan memulihkan tenaga.
  • Membantu melawaskan sistem pencernaan
  • Membantu buah pinggang berfungsi dengan lebih baik.
  • Mencergaskan dan menenangkan fikiran disebabkan banyak oksigen dibawa ke otak.
  • Mengurangkan kesakitan kulit terbakar
  • Mengurangkan parut 
  • Merangsang pertumbuhan sel baru dan mempercepatkan penyembuhan luka.

::BUAH TIN / TEIN / Fucus Carica::

Fakta :

Sumber pemakanan yang tinggi dengan serat.

Dalam Surat Al-Quran Allah telah bersumpah demi buah tin dan Zaitun (Qur'an Surat At Tin)
Nabi Muhammad SAW  pernah menyatakan tentang buah tiin yang mempunyai nilai ubatan dengan Sabda Nabi "Makanlah kamu semua dan makanlah darinya (buah tiin) dan Sabda Nabi lagi, "Sekiranya aku katakan, sesungguhnya buah yang turun daru syurga maka aku kata "inilah buahnya" kerana buah syurga tiada keraguan, sesungguhnya ia boleh menyembuhkan penyakit buasir dan mendatangkan faedah bagi sendi-sendi."

    Kajian yang telah dijalankan membuktikan bahawa buah tiin benar-benar memberi kesan dan penawar kepada peyakit buasir, bengkak-bengkak pada badan melawaskan air kencing serta membantu mengatasi batuk yang berpanjangan.
    Ulama Tafsir Fakharuddin Ar Razi dalam kupasannya mengenai Surah At-Tiin ini, menyatakan khasiat buah Tiin di antaranya mencuci hati, mengurangkan panas badan, mewmbersihkan kahak, lelah, membersihkan buah pinggang, sendi2 dan juga buasir.
    Tin adalah buah-buahan yang mengandung zat sejenis alkalin yang mampu menghilangkan keasidan pada tubuh. Zat-zat aktif yang terdapat dalam buah tin adalah sejenis zat-zat pembersih yang bisa dipakai untuk mengubati luka luar. Unsur yang terkandung dalam buah Tin adalah karbohidrat, protein, dan minyak.
Setiap 100g buah Tin mengandung vitamin A sebanyak 9.76 IU, vitamin C, 0.68 mg, kalsium, 133.0 mg dan zat besi, 3.07mg. Vitamin dan mineral ini sangat diperlukan tubuh untuk menjaga dan memelihara kesIhatan organ tubuh kita.
    Buah ini mudah dicerna  oleh alat pencernaan, bermanfaat untuk mengubati  kesukaran buang air besar, bermanfaat untuk hati dan limpa.
“Menurut penelitian perubatan terbaru, ia dianggap sebagai buah yang bermanfaat untuk mencegah kanser.
Menurut hasil penelitian perubatan  yang disiarkan oleh harian Al-Raya, di Qatar, selain kaya akan kalsium dan potasium juga mengandung zat benzaldehyde yang bermanfaat melawan sel-sel kanser."

Gizi yang terkandung serta Manfaatnya, berdasarkan penelitian ;

  • 1.  Department Pertanian Amerika Serikat secara lebih terperinci mengungkapkan bahwa buah Tin mengandung kepelbagaian nutrisi  mulai dari vitamin A, C, kalsium, magnesium hingga potasium. Selain itu Buah Tin juga baik untuk mengendalikan nafsu makan  dan membantu usaha penurunan berat badan. Hasil sangat menggembirakan adalah ; Jus buah Tin merupakan minuman yang baik untuk membunuh bakteria buruk.
  • 2.  Penelitian tentang kandungan benzaldehyde dalam buah Tin sebenarnya telah diungkap dalam jurnal yang dimuat website Cancer Cure Foundation. Website ini menyebutkan bahwa kajian yang dilakukan para ahli dari Institute of Physical and Chemical Research di Tokyo menunjukkan benzaldehyde terbukti efektif dalam menghilangkan tumor.
  • 3.  Ia dapat mengurangi kolesterol, menguatkan jantung dan menormalkan pernafasan bagi penderita sesak nafas (ashma).
  • 4.  Berdasarkan penelitian lainnya di California Fig Nutritional Information, buah Tin mengandung serat (dietary fiber) yang sangat tinggi. Setiap 100 gr buah Tin kering terkandung 12.2 gr serat sedangkan apel saja hanya mengandung 2.0 gr dan jeruk 1.9 gr. Pakar kesehatan sangat menganjurkan untuk mengambil Tin secara teratur. Selain dapat membantu membersihkan racun di dalam tubuh, serat terkandung juga mampu mencegah kanker kolon dan penyakit degeneratif lainnya.
  • 5.  Hasil Kajian di Universitas Rutgers di New Jersey  - membuktikan buah Tin mengandung antioksidan yang dapat mengikat senyawa karsinogen penyebab kanker. Tin juga mengandung asid lemak tak tepu  omega- 3 dan omega-6. Ia penting dalam pencegahan penyakit jantung koronari .  Buah Tin juga baik kepada penghidap kencing manis.
  • 6.  Hasil penelitian lebih lanjut menyebutkan bahwa buah Tin termasuk buah yang dapat merangsang pembentukan hemoglobin darah, sesuai sebagai penawar penyakit anemia. Disamping itu buah Tin juga mengandung kadar glukosa yang cukup tinggi.
  • 7. Ia boleh menghilangkan batu buah pinggang dan batu karang, juga sebagai anti racun. Ia termasuk buah yang paling tinggi zatnya. Baik untuk mengatasi sakit kerongkong, dada, mencuci hati dan limpa, membersihkan kahak dan melancarkan buang air kecil.  

::JINTAN HITAM / Nagella Sativa ( AL-HABBATUS SAUDA’)::

Fakta :
Sejak kurun ketujuh sejenis buah bunga nagella sativa (habbatussauda') telah terbukti mempunyai banyak khasiat dalam mengekalkan kesihatan manusia dan kecantikan penggunanya. Buah bunga nagella sativa (habbatussauda') ini diamalkam oleh orang Mesir seajak 5000 tahun yang lalu.

KAJIAN BERDASARKAN HADIS SAHIH:
            Minat kami terhadap pokok buah bunga nagealla sativa (habbatussauda’) diperkenalkan melalui sabda junjungan Nabi Muhammad SAW “ Dalam habbatus sauda’ (nagella sativa) terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali maut “ Riwayat AlBukhari.
            Lanjutan daripada hadis ini dalam kitab bertajuk “Medicine of The Prophet” Ibnu Qayyim al-jawziyyah (691H-751H) terdapat 50 kelebihan dan kebaikan bagi mereka yang terus menerus mengamalkannya.
Terutama berkaitan saraf(nerve systems), tekanan darah(blood pressure), pernafasan(breathing), pembiakan( breeding), penghadaman(digestion) dan organ-organ dalam badan, buah pinggang( kidney), memberi tenaga bagi orang lemah tenaga badan.
  • Memulihkan kulit berjerawat( pimply skin), ekzema, kedut, membaiki tekstur kulit, arthiritis.
  • Memberi kenikmatan menyegarkan badan dari keletihan.
  • Bertindak membantu melancarkan darah, insomnia, kekejangan( cramps), mengurangkan kahak.
  • Mengatasi masalah dalam perut dan usus, membantu mengurangkan gula dalam darah( sugar levels), merangsangkan salur pemakanan, meningkatkan metabolisme, menghilangkan angin( removes wind).
  • Dapat melegakan kembung perut (bloated stomach), merangsangkan pancreas, mengurangkan berat badan, melawaskan buang air besar dan kecil (decreases constipation), membantu menambahkan susu badan bagi wanita selepas bersalin ( increases breasts milk)dan banyak lagi.
  • Membantu penyembuhan Diabetes/gula, Kolesterol, Menambah Stamina dan Daya Imuniti Tubuh(body immune system), Migrane.
  • Masalah berkaitan Jantung dan penyempitan.
  • Mencegah stroke.
  • Menstabilkan Tekanan Darah,Ginjal,Liver,Migrain.
  • Segala Penyakit dalam perut, sistem sirkulasi Darah,asma.
  • Menambah Ghairah hubungan suami isteri.
  • Membaik pulih sekalian penyakit.
UJIAN SAINTIFIK:
Menurut keputusan ujiajn ke atas 9 lelaki dan wanita mengenai serum kolestrol, pemberian pati buah bunga nagella sativa untuk tempoh 4 minggu telah mengurangkan dengan ketaranya jumlah paras kolestrol dalam darah dan pecahan LDL, HDL dalam hypercholestroleamic pesakit,bermakna mengurangkan risiko penyakit jantung.

MENGGALAKKAN ENZIM (Increases enzyme activities):
            Satu kajian oleh Agarwhal (1979) menunjukkan bahawa minyak buah bunga nagella sativa (habbatussaubda') meningkatkan pengaliran susu bagi ibu-ibu yang menyusui anak dengan susu badan.Satu penyelidikan oleh Universiti of Colombo (1989), termasuk Sari Biologikal mendedahkan bahawa keupayaan buah bunga nagella sativa untuk meningkatkan pengaliran susu ibu boleh dikaitkan dengan kombinasi bahagian lipid dan struktur hormon yang didapati dalam buah bunga nagella sativa (habbatussaubda')Ibnu Sina ( 980-1037) dalam menggambarkan habbatussauda’ sebagai “ meransang tenaga tubuh dan membantu memulihkan keletihan, masih tepat kepada pengamal kesihatan Tibb hari ini.

::BUAH ZAITUN / Olive::

Fakta :
Riwayat dari Abu Dzar r.a ;
          Bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin. Lalu Nabi SAW mengajak sahabatsahabatnya makan. Nabi pun  turut sama makan.
Kemudian baginda SAW bersabda:
    “Kalau aku perkatakan inilah dia, kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir( pile), serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”
    Membaik pulih perut.
     Mengeluarkan cacing.
     Menjadi penawar racun
    Minyaknya menghaluskan kulit.
    Minyaknya melambatkan tumbuh uban.
    Minyaknya apabila dicampurkan dengan garam boleh menghilangkan melecur terkena api.
     
::KISMIS::
Fakta :

Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lender( slime ), menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih“.
Ia juga penting dalam kekuatan & Kesihatan minda.

::RAJA HERBA::
Fakta :
  • Menguatkan sistem ketahanan badan.
  • Membasmi dan menghalang kejadian ketumbuhan.
  • Membantu pankreas mengimbangi paras gula di dalam darah.
  • Mengawal kemusnahan sel-sel tisu dan organ-organ di dalam tubuh.
  • Tonik jantung.
  • Menambah kandungan oksigen di dalam darah.
  • Antioksidan yang berkesan mengawal radikal bebas( free radicals ) dan berkesan dari elektromagnet.
  • Mengimbangi fungsi molekul-molekul di sekitar sel-sel barah.
  • Menurunkan paras kolesterol dan lemak.
  • Menghalang rekatan platelet ( bonding of excessive platelets) yang menyebabkan sumbatan pada darah.
  • Melancarkan laluan darah pada saluran-saluran sempit yang berplak dengan lemak atau lipid.
  • Melindungi membran sel-sel darah merah.
  • Menstabilkan hormon endokrin.
  • Mengseimbangkan metabolisme dan menjadikan anda muda dan bertenaga.
  • Menguatkan sistem penghadaman.
  • Melindungi dari alahan (alergi).
  • Mengurangkan kolesterol dan menstabilkan lemak dalam badan.
  • Mengawet fungsi badan.
  • Memulihkan penyakit kulit.
  • Mencantik dan menghaluskan kulit.
  • Paling berkesan untuk kegunaan luar seperti luka, ulser mulut ( mouth ulcers)dan menghentikan pendarahan

::Kayu Serapat (Paramaria Leavigata)::
Fakta :
    Mengandungi minyak asiri cautchouc dan getah perca( Gutta-percha), berfungsi untuk mengencangkan rahim( strengthens the womb) khusus apabila wanita tersebut bersalin atau menghadapi masalah rahim turun. Produk ini amat sesuai untuk wanita yang mengalami sakit pinggang, letih, kesemutan pada kaki dan tangan.( pins and needles ) Herba ini juga boleh digunakan untuk wanita yang akan memasuki alam pernikahan.
   
1. Melancarkan haid
2. Awet muda
3. Menghilangkan keputihan dan gatal pada kemaluan
4. Menghilangkan sakit pinggang
5. Menguatkan rahim
6. Menguatkan tulang
7. Manghaluskan kulit
8. Melambatkan menopous
9. Kebahagian rumah tangga

::TEMULAWAK / GIANT CURCUMA,FALSE TURMERIC::
Fakta :

  1. Digunakan sebagai agen pencegah penuaan( age-defying agent ) dan penawar sakit puan ( women’s overall health)- banyak digunakan dalam pembuatan kosmetik
  2. Dapat mengubati penyakit2 seperti reumatoid dan kesakitan otot, demam , batuk, masalah hati, demam kuning, penyakit batu karang dan penyakit kulit.
  3. Dapat menghilangkan kekejangan dan mengelaknya dari berulang ( cures and prevents cramps from happening)
  4. Dapat mengatasi buasir( piles ), masalah kerengsaan pada rektum (rectum irritability), berak berdarah dan disentri dysentery.
  5. Dapat merawat masalah keputihan dan jangkitan kult seperti Candida albican pada vagina wanita
  6. Dapat merawat kencing manis, gastrik dan gas berlebihan dan melancarkan penghadaman
  7. Ia juga dapat mengubati kanser pangkal rahim( cervical cancer)dan mengembalikan kecergasan tubuh badan
 
::SPIRULINA::
Fakta:
    Dari kajian-kajian yang dilakukan oleh ahli-ahli sains dari Jepun, China, India, Eropah dan Amerika, mereka  telah menemui jawapan bagaimana dan kenapa algae seni ini sangat baik kepada kesihatan manusia. Diantara kelebihannya seperti:
  •     Meningkatkan aktiviti anti virus,
  •     Merendahkan kolestrol,
  •     Merendahkan risiko terhadap serangan kanser,
  •     Menjaga sistem imuniti badan,
  •     Mengurangkan keracunan ginjal,
  •     Membiakkan mikrob Lactobacillus( the breeding and spread of ) yang sihat dalam usus,
  •     Mempercepatkan kesembuhan luka,
  •     Menyelesaikan masalah kekurangan zat, dan
  •     Mengurangkan penderitaan akibat radiasi.

::MANJAKANI::
Fakta :
   Manjakani telah digunakan secara meluas sebagai bahan dalam pengubatan tradisional sejak berabad-abad lalu oleh orang-orang Arab, Parsi, India, Cina dan Melayu. Malahan ia dipercayai telah mula digunakan sejak 2725 SM oleh orang-orang Mesir Purba. 

  • Awet Muda – Anti oksidan dalam manjakani dapat mengurangkan proses penuaan
  • Pencegahan Diabetis - Gallic Acid dapat membantu mencegah diabetis &  asma
  • Pencegahan dari kanser serviks ( cervical cancer)dan payu dara ( breast cancer)
  • Pencegahan dari bau yang kurang menyenangkan / keputihan(leucorrhoea) (kandungan  estrigent dalam manjakani membantu menyingkirkan jangkitan bakteria, ragi dan fungus yang mendatangkan bau kurang menyenangkan di kawasan intim).( vaginal odor caused by bacteria and infection
  • Menyembuhkan tisu vagina (tannins dalam manjakani dapat menegangkan otot faraj dan melawan kehilangan keanjalan kulit selepas kelahiran bayi, proses penuaan dan pertukaran hormone).
  • Mengurangkan lebihan mucus( mucus ), membantu menstabilkan hormon, melancarkan darah dan memberi tenaga
  • Kecantikan kulit & mencegah jerawat
  • Kesihatan mata-memperbaiki tahap penglihatan
  • Rawatan Payudara-tabiat meminum manjakani dapat mengembalikan keanjalan payu dara.
  • Rawatan tulang & gigi-kalsium dalam manjakani dapat menguatkan gigi dan tulang
  • Memelihara kebersihan mulut
  • Mencegah dari kulit kering dan berminyak
  • Merawat barah kronik ( chronic cancer )
  • Kaya dengan vitamin
  • Mujarab untuk merawat luka dalaman (selepas bersalin) dan juga untuk luka luaran
   
::KACIP FATIMAH / Labisia Pumilia::
Fakta :
    Ia dikatakan dapat mempercepatkan proses kelahiran bayi disamping dapat mengembalikan kecergasan selepas bersalin. Selain dari itu ia juga dikatakan dapat membantu mengecutkan rahim dan melangsingkan badan. Kacip fatimah juga dikatakan dapat merangsangkan( stimulates )pengeluaran hormon yang dapat melancarkan perjalanan dan kitaran haid wanita( menstrual cycle ). Ia juga dapat mengurangkan sakit senggugut ketika haid.( extreme pain during the menstrual cycle- dysmenorrhea)
Ia terkenal penting bagi setiap wanita kerana khasiat tambahan untuk keseluruhan tubuh badan ,luaran & dalaman yang tersembunyi di dalamnya.

Kacip Fatimah mengandungi elemen antioksidan dan phytoestrogen yang mana kedua-dua elemen ini mampu memberi manfaat bukan kepada wanita melalui;
  1. Mencegah pembiakkan sel prakanser ( pancreatic cells )
  2. Memantapkan tisu yang memerlukan hormon estrogen
  3. Mengukuhkan struktur tulang melalui penyerapan jisim tulang( bone mass )
  4. Melewatkan proses penuaan.
  5. Masalah keputihan
  6. Masalah angin kerana ianya anti-flatulence iaitu membantu membuang angin berlebihan di dalam badan.
  7. Melancarkan proses kelahiran bayi.
  8. Mengembalikan kecergasan selepas bersalin.
  9. Membantu dalam pengecutan rahim
  10. Melangsingkan badan dengan membantu dalam menegangkan otot-otot.
  11. Merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarakan perjalanan darah dan kitaran haid wanita sekaligus mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
  12. Mengurangkan simptom sakit buasir( piles), rheumatism dengan membaikpulihkan peredaran darah sekaligus mengurangkan kesakitan di sendi dan otot.
  13. Gonorrhea dan cirit birit.
  14. Menyeimbangkan hormon dalam badan dan mengatasi masalah depresi selepas bersalin serta menambahkan tenaga dan kecergasan badan.
  15. Mengembalikan rambut yang telah rosak( damaged hair ) dan mengatasi constipation.

::PEGAGA ( CENTELLA ASIATICA )::
Fakta :
  1. Agen Anti-Penuaan ( Anti-Ageing Agent )yang baik & dipercayai dapat membantu memanjangkan umur seseorang.( decreases mortality ): Sejarah mengatakan pegaga yang asalnya dari india ini menceritakan bahawa penduduk India telah melihat gajah yang terkenal panjang usianya sentiasa mengunyah tumbuhan ini. Jadi ia dimakan bagi memanjangkan umur.
  2. Menurut WHO pegaga terbukti berkesan meningkatkan kecerdasan dan keupayaan mental. Ia dipanggil makanan otak kerana dapat mengembalikan kesihatan diri dan dapat menolong mengurangkan gejala disebabkan tekanan( depression or stress), meningkatkan tindakbalas dan menambahkan kekuatan fizikal dan mental.
  3. Ia juga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi .
  4. Mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan
  5. Menolong badan menyingkirkan bahan toksik.
  6. Ia digunakan dalam perubatan herba ayurveda dan Shennong.
  7. Di barat pegaga dijadikan sebagai tonik saraf( tonic for the nerves) bagi merehatkan dan menambahkan ingatan.
  8. Di India digunakan bagi mengatasi pelbagai masalah kulit.
  9. Di timur ia digunakan bg mengatasi masalah seperti kemurungan ( depression)yang disebabkan oleh masalah fizikal.
  10. Pegaga memberi kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari
  11. Ia juga menunjukkan kesan yang memberangsangkan bg merawat kaki kejang( stiffness ),bengkak kaki (swollen leg )dan masalah kaki berat dan kebas( numbness). 
  12. Air rebusan pegaga digunakan merawat demam( feverish) bila diminum.
  13. Jus pegaga dapat menurunkan darah tinggi.
  14. Ia juga boleh merawat penyakit buang air berdarah.
::LENGKUAS::
Fakta :
  1. Lengkuas juga mempunyai khasiat yang membangkitkan selera makan
  2. Membersihkan darah & melancarkan peredaran darah.
  3. Mencairkan kahak & merawat bronchitis
  4. Merangsang dan menguatkan otot sulit dan mempunyai ciri-ciri afrodisiak. Kerana itu ia banyak dijadikan sebagai salah satu bahan dan jamu serta ubat menguatkan tenaga.
  5. Lengkuas juga dapat digunakan bagi merawat penyakit bengkak limpa.
  6. Lengkuas juga dapat meningkatkan tenaga batin dan merawat reumatoid.
  7. Ia dapat membantu menjaga kulit & berkesan sebagai rawatan penyakit kulit seperti panau dan kurap( white spots and fungal infection). Lengkuas banyak digunakan dalam industri membuat kosmetik dan jamu. Minyak pati lengkuas( concentrated oil, or oil extracted from it) mempunyai ciri antiseptik.

::CEKOR / KENCUR / Kaempferia Galagal::
Fakta :
  • Ia membantu kepada banyak keperluan wanita disamping menjaga rahim wanita
  • Ia telah digunakan turun temurun sebagai bedak ( powder)untuk merawat jerawat.
  • Ia menjadi bahan untuk jamu bagi senak perut(windy belly, constipation), membuang angin( remove wind from the body), sakit sendi ( joints)serta melancarkan haid.
  • Di Asia Tenggara, rizom cekur( rhizome) dicampurkan dengan lada sulah( white pepper), kayu manis( cinnamon) dan madu untuk mengubati selsema.( flu)
  • Ia dijadikan tonik untuk mengubati batuk kering dan bronchitis.
  • Cekur juga dijadikan losyen untuk merawat sakit mata, sakit tekak, bengkak, demam, sakit dan sengal tulang.
  • Untuk wanita baru bersalin, cekur mengucupkan rahim dan menggalakkan pembuangan angin.
  • Di Indonesia, akar cekur digunakan untuk merawat keracunan makanan, ulser mulut, batuk dan selsema.
  • Di India, wangian daripada cekur digunakan untuk melindungi pakaian daripada serangga.
  • Di Filipina, air rebusan akar cekur digunakan untuk merawat sakit perut disebabkan pencernaan makanan yang kurang baik.
  • Air rebusan turut digunakan untuk membasuh rambut bagi mengatasi masalah kelemumur( dandruff) dan menghilangkan rasa gatal dan pedih akibat digigit ulat bulu.
  • Di Thailand, cekur digunakan untuk merawat sakit kepala.
  • Ia juga digunakan untuk melegakan batuk.
  • Membantu mengurangkan kebengkakkan.(swollen)

::KELAPA DARA::
Fakta :
Ia amat bermanfaat untuk -Mempercepat penggantian sel-sel mati dengan yang baru – mengembalikan keanjalan, dan kelembutan kulit.

Ciri-Ciri :
  • Ø Lemak tepu( saturated fat ) rantai sederhana pendek. (MCFA – mudah dihadam)
  • Ø Sudah mula dihadamkan(easily digestiable) dengan hanya enzim saliva dan diperut (sangat baik untuk mereka yang ada gangguan pencernaan, masalah metabolik, bayi pramatang (premature baby)yang sistem tubuhnya kurang berkembang.
  • Ø Tidak membebankan organ pankrease (pancreas)
  • Ø Dihantar terus ke hati untuk menghasilkan tenaga maksima
  • Ø Menghasilkan tenaga segera dengan cepat. Ia boleh melalui sel membran mitochondria tanpa perlu bantuan enzim.
  • Ø Sel jadi cekap dan efisien
  • Ø Bertindak menghalang pembentukan radikal bebas( free radicals)
  • Ø Tiada kolesterol
  • Ø Mengandungi antara 45 – 55 % lauric asid
  • Ø Bersifat antivirus, antibakteria, antifungus, anti protozoa.
  • Ø Pada kulit, bertindak sebagai perisai tambahan terhadap bahaya sinaran ultra violet (UV)(keremajaan kulit lebih lama) dan penghalang infeksi kuman (mengelakkan jangkitan penyakit kulit) disamping mempercepat pembentukan sel baru(keanjalan dan kelembutan kulit lebih ketara)
  • Ø Bertindak sebagai anti kanser dan anti histamine (mengelakkan alahan)
  • Ø Meningkatkan metabolisma. (Sel punya lebih tenaga, menjadikan ia lebih cekap dan efisien)
  • Ø Meningkatkan daya tahan (endurance)
  • Ø Memperbaiki pencernaan. (tidak akan cepat lapar, tidak perlu makan banyak dan berat badan terkawal secara semula jadi. Mempermudah pencernaan mineral dan vitamin (baik untuk warga tua)
KESAN KETARA (SEGERA) PENGAMBILAN MINYAK KELAPA DARA PADA TUBUH
  • Melegakan pernafasan – mencairkan kahak(sputum) dan membersihkan laluan pernafasan dan kerongkong.( throat)
  • Melawaskan pembuangan air besar dan kecil – menyelesaikan masalah sembelit( constipation) dan kencing tidak lawas serta membuang toksin melalui najis.
  • Meningkatkan kadar metabolisma pada seluruh sel tubuh – Minyak kelapa dara akan diserap terus sebagai komponen tenaga dalam badan – badan anda akan terasa lebih bertenaga.
  • Di dalam usus kecil dan besar ia memusnah organisma perosak, seperti virus, bakteria, kulat( fungus ) dan protozoa (cacing). Oleh itu penghadaman mencapai tahap maksimum.
  • Mengurangkan keadaan mudah lapar – bila penghadaman mencapai tahap maksima tubuh mendapat lebih khasiat dan tenaga. Oleh itu berat badan terkawal – tidak perlu makan banyak dan kerap.
  • Mengurangkan kandungan lemak badan – berat badan turun mengikut kesesuaian tubuh badan sesaorang.
  • Tidak mudah mendapat jangkitan penyakit – dengan bertambah kuatnya sistem kekebalan tubuh.
  • Mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan darah tinggi – mengelakkan terbentuknya plak (formation of atheromatous plaques at the heart arteries).pada saluran darah terutama saluran yang berhubungan dengan jantung.

::HALIA BARA / Zinggeber Officanale ( GINGGER )::
Fakta :
   KHASIAT HALIA BARA Melembutkan perut Membantu penghadaman makanan Mengeluarkan angin dari dalam tubuh Merawat kesan gatal gigitan serangga Melegakan demam Merawat resdung( sinus )Mengurangkan sengal-sengal sendi (rheumatism)Tenaga batin Rawatan Selepas Bersalin FUNGSI GINGERoyale merupakan losyen pelbagai guna, istimewa membantu anda memiliki bentuk badan yang menarik serta menghaluskan kulit. Sifat semulajadi Halia Bara yang panas membantu merawat penyakit angin dalam badan, melancarkan pengaliran darah, membantu merawat cirit-birit ( diarrhea), sakit perut, muntah-muntah, menghangatkan tubuh, urat, otot, sendi( joints), kaki, tangan yang sejuk. 
  • Melembutkan perut
  • Membantu penghadaman makanan
  • Mengeluarkan angin dari dalam tubuh
  • Merawat kesan gatal gigitan serangga
  • Melegakan demam
  • Merawat resdung
  • Mengurangkan sengal-sengal sendi
  • Tenaga batin
  • Rawatan Selepas Bersalin

::CENGKIH DAN KAYU MANIS / Cinamomum zeylanicum::
Fakta :
   Semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.
   Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini.”
   Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."
 
::DELIMA / Punica Granatum::
Fakta :
    Buah Delima yang dikenali sebagai “ Buah dari syurga ”,telah disebut dalam Al Quran sebagai salah satu buah yang boleh diperolehi di halaman syurga( gardens of heaven). Ianya turut diakui oleh pakar sains sebagai buah yang kaya dengan keunikan dan keistimewaan semulajadinya.Ianya dapat dinilai daripada kandungan anti-oksidanya yang tinggi membuatkan buah ini berbeza daripada yang lain.
    Kandungan anti-oksida yang didapati didalam buah ini dikenali sebagai “Polyphenol” . Ia mempunyai 3x ganda kebaikan anti-oksida berbanding “Green Tea”. Keberkesanannya telah terbukti bagi membantu dalam memelihara kulit dari pencemaran oksida(bahan kimia,virus dan bakteria).
    Salah satu bahan utama yang bertindak sebagai pelengkap kepada khasiat keseluruhan Buah Delima adalah dikenali sebagai Ellagic Acid. Fungsi utamanya adalah untuk memfokuskan kepada proses peneutralan radikal bebas yang berupaya membantu dalam melambatkan proses penuaan. Kandungannya yang diperkaya dengan Vitamin A, C, E dan Iron sangat baik untuk membantu merangsangkan fungsi sel kulit sihat, seterusnya membantu memberi kesegaran kepada kulit serta memastikan kulit sentiasa nampak cerah dan berseri bak delima.
    Dalam perubatan Yunani dan homeopati, delima dapat mengubati cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur( blurred vision), sakit gusi ( painful gums )dan kurang lawas pengahadhaman.
(dari buku Plants Of The Quran oleh Dr M I H Farooqi)


::JERANGAU::
Fakta :
    Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap. Pokok jerangau juga boleh mengubati sakit gigi di samping banyak kegunaannya untuk ibu-ibu lepas bersalin dan merawat asma.
   Asma, rizom( rhizome) atau ubi jerangau yang segar dipatah-patahkan dan ia kemudian dihidu. Rizom yang dipatahkan mengeluarkan bau harum tersendiri yang dipercayai dapat membantu memudahkan pernafasan pesakit.
   Bagi ibu-ibu lepas bersalin, rizom jerangau boleh dijadikan campuran rebusan air akar kayu untuk diminum bagi membuang angin. Keseluruhan pokok juga selalu dijadikan ramuan mandian lepas bersalin. Bagi pesakit gigi, rizom jerangau perlu digigit untuk mengeluarkan airnya yang dikatakan boleh melegakan kesakitan. 
   Minyak jerangau digunakan untuk mengubati sakit perut yang disebabkan  oleh gastrik. Ia juga digunakan dalam industri pembuatan minyak wangi. Jerangau juga digunakan dalam ramuan yang digunakan oleh wanita selepas bersalin bersama cekur.Jerangau mempunyai ciri-ciri anti oksidan.

::ALOE VERA / Aloe barbadensis::
Fakta :
  1. Digunakan untuk perubatan luar seperti luka dan kesan akibat melecur terbakar.
  2. Ia boleh mempercepatkan proses penyembuhan, mengurangkan kesan parut luka dan kesan melecur.
  3. Melegakan bahagian dalam perut dan usus. Sebagai tonik perut ia boleh mengurangkan kesakitan dalam perut,  menghilangkan ketidak selesaan, hilangkan rasa penuh dan membuang angin.
  4. Aloe vera atau lidah buaya ini merupakan pemakanan untuk awet muda.
  5. Ia dikatakan dapat membantu membersihkan dan membanteras asid dan racun dalam badan.
  6. Ia turut dikatakan boleh menyelesaikan masalah dalaman wanita seperti bau pada faraj dan keputihan.
  7. Selain itu ia dapat membantu membetulkan peredaran darah dan pedih perut dan sembelit.

::BUNGA MISAI KUCING / Orthosiphon Stamineus::
Fakta :
   Menurut Pengarah Bahagian Tumbuhan Ubatan herba FRIM, Dr. Azizul Abdul Kadir, pokok misai kucing ini telah digunakan, secara tradisional untuk merawat penyakit kencing manis dan batu karang.

::EMAS COTEK JANTAN & EMAS COTEK BETINA / Ficus deltoidea::
Fakta :
   Emas Cotek merupakan pusaka asli wanita dalam warisan perubatan Melayu. Ia diamalkan bagi mengecutkan saluran peranakan dan merapatkan pintu rahim( cervix) serta mengembalikan rahim pada kedudukan asal serta mengukuhkannya. Disamping itu, dipercayai rebusan daun Emas Cotek juga mampu memecah lemak serta membuang kolestrol berlebihan dalam saluran darah dan menghindari pengamal dari sakit kepala (migraine) dan angin ahmar. 
   Air rebusan daun, batang, akar, dan buah Emas Cotek terbukti dapat menyembuhkan penyakit paru-paru berair(pneumonia), sakit pinggang( backache), mengurangkan keletihan, dan yang paling utama ialah ia mampu meningkatkan keinginan seks bagi pasangan suami isteri. Daun Emas Cotek boleh dipetik dan dikunyah semasa segar. (aphrodisiac)
   Ia juga boleh dikeringkan agar lebih tahan lama. Apabila diperlukan, rebus daun kering tadi dan minum airnya bagi memulihkan tenaga. 

Antaranya penyakit yang dapat dibantu:
  • Mengeluarkan toksin dalam badan
  • Melancarkan perjalanan darah
  • Sakit urat saraf
  • Gout
  • Kencing manis
  • Darah tinggi
  • Membuang kolestrol dan lemak
  • Buasir
  • Migraine
  • Paru-paru berair
  • Pemulih tenaga batin
  • Sakit puan
  • Senggugut
  • Sakit pinggang
  • Keletihan
  • Masalah tidur
  • Rangsangan hormon lelaki
  • Mengecutkan rahim peranakan
  • Merapatkan pintu rahim
  • Sakit lutut
  • Mencantikkan dan melicinkan kulit
  • Demam/ Selesema
  • Awet muda

::KURMA / TAMAR / DATES::
Yang Dipilih Para Rasul (The One chosen by the Rasul)
Lebih 1400 tahun buah yang berkhasiat ini dianugerahkan kepada manusia dikenali menurut sejarah. Masyarakat seluruh dunia kini mengiktiraf  buah yang tahan lasak atas kemampuannya tumbuh di padang pasir dari Timur Tengah Arab ini sebagai makanan wajib harian atas keberkesanannya dalam memberi tenaga, membantu memperkemaskan sistem fungsi tubuh dan otak.

Sejarah
Dalam sejarah Islam, antara fakta yang amat popular mengenai kurma yang amat tinggi khasiat ini adalah catatan sejarah Saidatina Maryam ‘Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa ‘Alaihissalam dirakam di dalam Al-Quran; (Ketika ia hendak bersalin) maka kesakitan itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); Al-Quran [17] Surah Maryam [Ayat 23]Lalu ia diseru dari sebelah bawahnya:

"Janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai.”
Al-Quran [17] Surah Maryam [Ayat 24]Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah kurma yang masak. Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Al-Quran [17] Surah Maryam [Ayat 25 - 26]

Kurniaan umpama hadiah dari Allah untuk kita (A gift from Allah to mankind)
Kurma tinggi kandungan Thiamin (Vitamin B1) yang mana digunakan dalam perawatan sebagai pencuci bagi mengatasi masalah usus.  Dalam bentuk cecair, sirup dan kanji, kurma mampu membantu mengatasi masalah sakit tekak, selsema, katar bronkus(katar bronchial) (Diseases of the bronchioles) dan diambil untuk meredakan demam dan pelbagai masalah berkaitannya. Ia juga satu amalan tradisional yang dipercayai mampu mengatasi masalah toksin alkohol. Biji kurma juga digunakan dalam beberapa rawatan tradisional. Kebiasaannya seorang Ibu perlu berpantang pelbagai jenis makanan semasa hamil dan selepas bersalin bagi memastikan badan Ibu dan bayi berada dalam situasi terbaik. Allah Subhanahu Wata’ala memerintahkan Saidatina Maryam ‘Alaihissalam memakan buah kurma, sudah pasti ia adalah kurniaan terbaik dariNya dengan berfirman kepada Saidatina Maryam ‘Alaihissalam; “bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan..”.

Keberkatan (Blessing)
Makanan Pilihan Rasul, Ulama’ & Ahli Ibadah
Daripada Salman ibn 'Aamir, “Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: Jika salah seorang di antara kamu hendak berbuka puasa, berbukalah dengan kurma sebab kurma itu barakah (berkat), kalau tidak ada maka dengan air kerana air itu bersih dan suci.” (Hadis riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi) 
Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam: “Sebaik-baik makanan sahur orang yang beriman adalah buah tamar”
Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya:
"Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya (bertahnik) dengan buah kurma. (dijelaskan tambahan dalam riwayat Imam Bukhari) “.. maka Baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam mendoakan kebaikan dan mendoakan keberkatan baginya, lalu menyerahkan kembali kepadaku."
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)  

Kesihatan & Kekuatan Jasmani & Ruhani ( Physical and Spiritual Health)
  • Kurma Menenangkan Perasaan
Di dalam Al-Quran Surah Maryam Ayat 26, Allah Subhanahu Wata’ala berfirman kepada Saidatina Maryam ‘Alaihissalam; “..bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan”. Cuba renungkan bukti saintifik ini yang ditemui oleh mereka yang pakar;
“Amalan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassallam memakan tamar (kurma) adalah baik sebab ia mengandungi karbohidrat tinggi, di samping asid amino, antaranya triptofan yang didapati boleh menenangkan perasaan”. -Dr Suriya Osman¹.
  • Kurma Memelihara Kesihatan
  1. Berdasarkan kajian kimia dan fisiologi Dr Ahmad Abdul Ra'ouf Hisyam dan Dr. Ali Ahmad Syahhat, data berikut diperoleh ².
  2. Memakan tamar ketika berbuka puasa akan menambahkan peratus kandungan glucose and sucrose dalam badan.
  3. Penyakit anemia (kurang darah) akan berkurangan dan tubuh tidak pucat.
  4. Ketika perut kosong, saat itulah makanan yang mengandungi nutrien glukosa dan sukrosa akan mudah dicerna dan diserap secara cepat dan maksimum. Jadi, kandungan glukosa dan sukrosa dalam ruthab dan tamar yang banyak itu menjadikan proses mencerna dan menyerap di dalam badan sangat mudah.
  5. Ia berserat tinggi, mengandungi kalsium, potassium, folate, vitamin A, B, B1, B2, B3 C dan E, bebas lemak dan bebas kolestrol.
  6. Amat Membantu Dalam Mencegah Penyakit Kronik Seperti Jantung & Kencing Manis.
  7. "Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian (mineral ) seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah". Prof. Madya Aslah Zain.³

::LADA HITAM / Piper Nigreum::
Fakta :
   Didalam dunia perubatan lada hitam ternyata boleh digunakan sebagai terapi alternatif untuk mengatasi masalah kulit yang rosak. Sebanyak 1% dari penduduk dunia sudah merasakan manfaat dari lada hitam tersebut.
   Para peneliti dari sebuah lembaga penelitian di London ( King's College London) telah melakukankan penelitian dan membuktikan manfaat dari lada hitam , kandungan piperine yang terdapat didalam lada hitam ternyata selain memberikan rasa pedas, hasil sintesis akan membantu menstimulasi pigmentasi kulit pada penderita vitiligo.
   Piperine sangat efektif bila dikombinasikan dengan fototerapi yang menggunakan radiasi ultraviolet." Dalam studi ini menyebutkan perawatan piperine akan menstimulasi pigmentasi kulit," kata Fotobiologis dari King's College London Antony Young sepeerti yang dipublikasikan British Journal of Dermatology.

Product Review — Total Rating

ALL_RATING

Product Images

Puteri Kayangan click to enlarge
  • Puteri Kayangan

Related Products

No related product